Autisme adalah kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder).Biasanya autisme dikesan seawal usia 3 tahun. Seseorang yang dilabelkan mengalami autisme ialah apabila terdapat gangguan pada pertumbuhan kemahiran yang melibatkan kepada kemunduran interaksi sosial dan komunikasi, diikuti dengan perlakuan dan minat yang luar biasa. Mereka juga menunjukkan cara-cara yang luar biasa dalam pembelajaran, pemerhatian, penumpuan dan penghasilan reaksi atau tahap kepekaan ransangan yang berbeza. Kadangkala mereka lebih suka hidup dalam dunia sendiri, kurang berinteraksi dengan orang lain dan kadangkala lebih bijak seawal usia 3 tahun.Buat masa ini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Latihan awal sangat penting untuk perkembangan masa depan kanak-kanak yang mengalami masalah ini. Antara ciri-ciri kanak-kanak atau orang dewasa Autisme ialah:
- Tidak berminat dan selalu mengelak bertentangan mata dengan orang lain dan lebih selesa bersendirian.
- Menghadapi kesukaran dalam memahami perasaan orang lain atau berkongsi masalah/perasaan dengan orang lain.
- Sukar memberi tumpuan terhadap percakapan orang lain atau lebih mudah terganggu dengan bunyi-bunyi lain.
- Kerap mengulangi perkataan atau ayat yang diucapkan kepada mereka.
*Penafian - UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA. Semua bahan di dalam petikan ini adalah untuk pengetahuan sahaja dan bukanlah bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat,diagnostik atau rawatan doktor. Ia sekadar renungan buat semua terutamanya guru-guru bagi mengenalpasti murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.