Program PERMATA HATI ini adalah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini adalah dibawah kelolaan Unit Kurikulum SK Kampong Bahagia, Teluk Intan dan akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Program ini akan melibatkan semua murid Tahun 5 bagi tahun 2009. Guru-guru mata pelajaran utama akan bertindak sebagai fasilitator dan penceramah luar turut dijemput dalam program ini.
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkaliber dan berfikiran mantap dalam setiap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dapat menggalakkan penglibatan dan kesedaran tentang peranan mereka di dalam kehidupan. Ianya juga bermatlamat untuk melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah supaya
- Dapat melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan.
- Dapat melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan cara pembelajaran yang betul dan berkesan secara berterusan
- Dapat menggalakkan penglibatan yang sihat dalam program ini.
- Dapat mewujudkan semangat daya saing dan bekerjasama dalam pasukan.
- Dapat memupuk rasa kesedaran dalam diri pelajar dan ibu bapa terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Seramai 131 orang peserta yang terdiri daripada 58 murid perempuan dan 73 murid lelaki telah menghadiri program tersebut. Pengurusan program ini telah melakukan yang terbaik walaupun terdapat sedikit kecacatan yang tidak dapat dielakkan.
Sekian, terima kasih.
Prepared by:
AKBAR
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.