RSS

Moh kita ke Ipoh pula!

Pada 7hb November 2009, seramai 36 orang murid telah terpilih untuk menyertai satu lawatan ke Ipoh dan diiringi oleh 4 orang guru. Mereka adalah sir Akbar, cikgu Hafiz, cikgu Rosnida dan cikgu Faridah.

Pada mulanya kami diberitahu akan menaiki sebuah bas Munich, menurut kata guru besar la. Lama jugalah menunggu kerana pada awalnya dibertahu jam 7 kami akan bertolak, tapi tunggu bas tak sampai-sampai. Akhirnya sampai juga bas yang dijanjikan.....Terkejut besar melihat keadaan bas tu! Bukannya bas Munich tapi bas sekolah pulak! Tertipu kami...sedihnya. Yang tak bestnya lagi,bumbungnya ada lubang besar...Nak tak nak, naik jugaklah.

Kami bertolak dengan diiringi oleh pemandu bas yang berbangsa India. Ini semangat one Malaysia kot, tapi perjalanan kami dipandu dengan teramat perlahan. Keselamatan hendaklah diutamakan....itulah katanya.

Ketika dalam perjalanan, kami telah diekori oleh sebuah lagi bas sekolah. Bas tersebut adalah dari SK Sultan Abd Aziz. Sekolah tersebut adalah satu lagi wakil dari daerah Hilir Perak. Guru-guru SKSAB membertahu kami, mereka akan mengekori bas kami ke mana jua kami tuju. Tak ada arah tujuan diorang ni... Sebenarnya kami pun tak tahu nak pergi mana dulu. Sepanjang pengalaman membawa murid-murid, inilah kali pertama program lawatan anjuran JPN memberi kebebasan kepada guru-guru untuk memilih arah destinasi masing-masing dan yang pastinya mesti sampai ke Taman Tema Lost World, Tambun pada jam 12 tengahari.

Kami mulakan destinasi ke UiTM kampus Sri Iskandar. Di sana, kami hanya sempat bergambar di hadapan menara logo UiTM sahaja. Kami telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar di sana sedang menduduki peperiksaan akhir. Yela takkan nak lawat orang tengah exam pulak... Manakala sebuah lagi bas dari SKSAB memilih untuk tidak turun dari bas. Diaorang tangkap gambar dalam bas je kot..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Universiti Teknologi Pertonas (UTP). Wow!! Memang gah UTP ini dibina dengan teknologi dan design yang amat menarik dan canggih. Di sana kami sempat melawat perpustakaan lutsinar yang amat besar sekali. "Kalau depa tak pandai juga tak tahulah" menurut cikgu Hafiz. Tandasnya juga canggih, tak ada pili getah. Jikalau budak-budak SKKB ni tak tahu nak guna, tak bersiramlah agaknya. Memang kaya UTP ni dengan struktur bangunan yang amat menarik.

Seterusnya, destinasi kami adalah ke Kellie Castle dengan bantuan jalan daripada cikgu Rosnida. Alangkah baiknya jikalau cikgu Rosnida je yang pandu bas, boleh cepat sikit kami sampai..he..he.. Di sana, lawatan kami dikenakan dengan bayaran RM3 untuk seorang murid. Istana tersebut masih lagi utuh berdiri dengan memori sejarah lampau. Sempat lagi bergambar beramai-ramai tu..Selain itu, jurukamera SK Kg Bahagia telah menemu ramah seorang Mat Salih yang berada di situ. Beliau yang berasal dari England turut mengagumi kewujudan istana tersebut. Hampir setengah jam kami melawat bangunan berkenaan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Taman Tema Lost World, Tambun.

Seronoknya budak-budak ni...Tapi kesian, guru-guru tidak membenarkan mereka mandi kerana masa yang diberikan kepada kami adalah terlalu singkat.Kami mulakan aktiviti dengan mengambil makanan yang disediakan. Lunch dengan nasi goreng ayam, air mineral dan aiskrim telah dibekalkan kepada kami. Kira oklah tu ye, takkan nak minta lebih-lebih pula. Kemudian, kami singgah melihat haiwan-haiwan yang dipelihara di Lost World. Boleh dikatakan mini zoo ini telah menjadi tempat tontonan dan pengisian masa budak-budak ni melihat haiwan. Cikgu Faridah pula bukan main lagi seronok memegang iguana tapi kalau tengok ular,dialah yang melompat paling tinggi. Kemudian, kami ke tempat aktiviti riadah bersama pengunjung. Naik buaian, pusing-pusing, pening-pening.... Nampak je budak-budak ni seronok, cikgu-cikgunya turut ingin merasai keseronokan tersebut. Cuma jurukamera je tak join sekali sebab...biarlah budak-budak.....So, jurukameralah jadi tempat sangkut beg tangan, berat pulak tu...nasi goreng dua kotak sorang..he..he..

Hampir tiga jam memori kami di Lost World, kami barsiap sedia untuk pulang. Sebelum berangkat, kami dibekalkan dengan sehelai t-shirt bewarna kuning. Di dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah masjid di Kampar untuk solat dan menukar pakaian.

Perjalanan pulang kami sungguh mengasyikkan, senyap je..penat kot diaorang ni. Kami sampai pulang ke SKKB pada jam 6.45 petang. Seronok, best dan penat adalah ungkapan daripada bibir murid-murid SKKB. Ini adalah merupakan lawatan yang paling ringkas yang pernah diadakan. Semoga memori di Ipoh sentiasa menjadi kenangan buat selama-lamanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.