RSS

Wow, Lawatan Ke KL Berjaya!

Yesterday...hehehe. Semalam dan Isnin yang lalu SK Kampong Bahagia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Apa yang menariknya ialah perjalanan kali ini tidak menggunakan perkhidmatan bas untuk ke Kuala Lumpur.Bas hanya digunakan pada hari ke dua sahaja. Itupun untuk menuju ke tempat-tempat yang tidak mempunyai perkhidmatan LRT ataupun Komuter.Perjalanan ke Kuala Lumpur kali ini dengan menaiki keretapi amat menyeronokkan kerana dapat memberikan pengalaman kepada murid-murid untuk merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi untuk perjalanan yang jauh. Kemudian, dapat pula menaiki MONOREL menghala ke tempat-tempat tertentu. Ada juga guru-guru yang masih belum merasai sendiri pengalaman menaiki MONOREL ini. Seterusnya murid-murid terpaksa berjalan kaki ke tempat-tempat tertentu seperti ke Dewan Bahasa Dan Pustaka, Berjaya Times Square dan ke Hotel KL Plaza Suite.Sepanjang perjalanan walaupun ada murid-murid yang merungut, namun guru-guru masih sabar menerangkan kepada mereka mengapakah mereka terpaksa berjalan kaki. Tujuannya supaya mereka merasai sendiri susah senang kehidupan golongan masyarakat yang tidak berharta. Selain itu mereka dapat melihat bangunan-bangunan dan suasana sebenar kehidupan di Kuala Lumpur yang takkan dapat diperolehi dengan hanya menaiki bas sewa khas. Walaupun begitu keselamatan murid-murid merupakan perkara utama yang kami, guru-guru titik beratkan. Kami memahami corak laku masyarakat di sana yang sentiasa sibuk dan oleh itu kami tidak mahu perkara tidak baik berlaku ke atas murid-murid seperti hilang, sesat dan sebagainya. Alhamdulillah, keselamatan mereka telah terjaga dan mereka semua selamat ke semua tempat yang dirancangkan. Penat berjalan hilang selepas mereka sampai ke Berjaya Times Square. Mereka sangat gembira dan teruja bermain di sana.
Hari kedua, Selasa 3hb November barulah kami menaiki bas ke tempat-tempat lain. Antaranya ialah melawat ke KLCC, Pusat Sains Negara dan Pasar Budaya. Banyak juga cenderahati yang mereka beli untuk dibawa pulang ke Teluk Intan. Pulang ke Teluk Intan juga dengan menaiki kereta api di KL Central. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua sewaktu lawatan berlangsung. Rakaman video akan dimuat turun tidak lama lagi.

Gambar Di Stesen Keretapi Tapah Road dan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur



Kegembiraan bermula.



Lagi kenangan di KLCC


Lawatan ke Pusat Sains Negara.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.