Sudah memang menjadi lumrah hidup, semakin meningkat usia kita semakin banyaklah masalah yang timbul hingga kadangkala kita berasa tertekan dengan hidup ini. Memang tidak dinafikan lagi dan keadaan yang sama juga kerap melanda diri saya sendiri. Baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai pengalaman seseorang yang pulih dari penyakit hanya dengan ketawa. Memang tidak masuk akal kerana hanya dengan ketawa boleh membebaskannya dari penyakit yang dihadapinya. Kita harus sedar setiap penyakit itu disembuhkan oleh Allah dengan kehendakNya, namun dalam kes ini saya rasa medium penyembuhannya adalah melalui ketawa. Jadi oleh itu selalulah ketawa. Berikut saya sertakan beberapa kebaikan ketawa yang rasanya sesuai untuk dijadikan pengetahuan kita bersama.
- Menurut kajian, didapati semasa kita ketawa, kelenjar endokrin yang terdapat dalam otak akan mengeluarkan hormon endorfin (sejenis hormon yang membuatkan seseorang itu merasa seronok dan selesa)
- Ketawa akan membuatkan kita gembira dan seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri malah menjadikan suasana persekitaran bertambah ceria.
- Ketawa juga dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Secara tidak langsung penyakit-penyakit tertentu seperti batuk, selsema dan sakit tekak sukar menyerang.
- Kajian juga mendapati dengan ketawa mampu mengawal pelbagai jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, insomnia, tekanan perasaan, asma, migrain dan artritis.
- Selain itu, ketawa juga merupakan satu meditasi terbaik untuk mendapatkan ketenangan.
- Ketawa juga dapat membuang nilai-nilai negatif seperti rasa bersalah, ego, marah, takut, cemburu dan sebagainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.