RSS

Kem Solat Jenazah

Hari ini, satu program berkaitan pengurusan jenazah diadakan sebagai pengisian aktiviti murid tahun 6. Antara pengisian aktivitinya ialah Tatacara Mandi Jenazah dan Praktikal Pengurusan Jenazah. Jenazahnya? Tentulah ada. Seorang sukarelawan lelaki dan perempuan. Namun begitu tempat pengajarannya berbeza. Tenaga pengajar bagi pelajar lelaki ialah Tn. Hj. Shaari, Pegawai Pengurusan Jenazah Masjid Kampong Bahagia. Pengurusan Jenazah perempuan... maaflah, tak sempat pula bertanya. Heheheheee...

Gambar Peristiwa: Tatacara Pengurusan Jenazah



Karnival Kesihatan Daerah Hilir Perak

Semalam, berlangsungnya Karnival Kesihatan Peringkat Daerah Hilir Perak. Sebanyak 10 buah sekolah yang terlibat dalam menjayakan karnival ini. Sebagai pihak penganjur, letihnya memang tidak terkata hinggakan lutut saya dah menggeletar dek kerana tidak sempat makan. Walaubagaimanapun, hasilnya memang tidak mendukacitakan. Perjalanan karnival sangat lancar walaupun berdepan dengan beberapa masalah dan kemenangan dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Saya tak mahu berceloteh panjang nanti merapu pula jadinya. Oleh itu saya sertakan bersama beberapa keping gambar aktiviti sepanjang hari berlangsungnya karnival ini.

Ceramah Kesihatan.


Pertandingan Futsal dan Bola Jaring


Pertandingan Jigsaw Puzzle dan Mewarna


Pemenang-Pemenang Pertandingan

Memori Makan Tengahari Terakhir bersama...

Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
Make your own digital slideshow

Hari Baru....Punch Card baru...

Nampaknya hari ini bermulalah episod baru bagi semua kakitangan SK Kampong Bahagia Teluk Intan. Pengenalan sistem pemantauan kehadiran baru bagi kakitangan dalam bentuk 'Punch Card' (kad tebuk) telah menyebabkan beberapa orang kakitangan sekolah kelihatan berlari-lari anak menyelamatkan diri. Lucu melihatnya. Walaupun sistem ini telah lama diperkenalkan di seluruh negara iaitu seawal tahun 80-an, tetapi di SKKB sistem ini baru sahaja dikuatkuasakan. Sebelum ini, kehadiran kakitangan hanya menggunakan sistem manual (tulis sahaja) tetapi dengan adanya sistem 'Punch Card' ini dapat mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak pentadbir. Mari kita lihat sejarah awal mengenai 'punch card' ini. 'Punch Card atau istilah Bahasa Melayunya Kad Tebuk atau KAD PERAKAM WAKTU KERJA ialah kad yang mengandungi maklumat digital yang diwakili oleh kewujudan atau ketiadaan lubang pada kedudukan pratertakrif. Ia mula dilaksanakakan di negara ini sewaktu Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982. Dasar ini bermakna, pihak kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuainya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Pengenalan dan penggunaan Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card) merupakan salah satu strategi yang terdapat di dalam Dasar Pandang Ke Timur berkenaan selain daripada penggunaan tanda nama (Name Tag), penubuhan pasukan meningkatkan mutu kerja (QCC) dan Konsep Pejabat Terbuka. Dengan adanya sistem Kad Perakam Waktu Kerja ini diharap semoga semua kakitangan SKKB akan sentiasa menghargai waktu. Jangan pula ada yang berlari-lari lagi ke pejabat untuk menyelamatkan kad anda.Nanti ditertawakan oleh murid-murid pula.Heheheeee...

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-12

Peperiksaan Pengesanan 1

Jadual Peperiksaan Pengesanan 1

Rabu (30.03.2011)
8.00 - 8.40 pagi - Mathematics Paper 2
9.00 - 10.00 pagi - Mathematics Paper 1 - Tahap 1/2
11.30 - 12.30 tghari - Kamahiran Hidup - Tahap 2


Khamis (31.03.2011)
8.00 - 8.50 pagi - English paper 1 - Tahap 2
8.00 - 9.00 pagi - English - Tahap 1
9.00 - 10.15 pagi - English Paper 2 - Tahap 2
11.15-12.15 tgahri - Pendidikan Agama Islam

Jumaat (01.04.2011)
8.00 - 9.15 pagi - Science
9.30 - 10.30 pagi - Kajian Tempatan
11.05 - 12.05 tghari - Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Selamat Maju Jaya!!

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

Buat pertama kalinya Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah di Dewan MPTI, Bandar Baru Teluk Intan dengan disaksikan oleh ibu bapa masing-masing. Nampaknya kali ini pihak Pentadbiran Sekolah dan Jawatankuasa Disiplin serta Jawatankuasa PSS sekolah telah bersatu hati untuk membuat sedikit kelainan. Ini merupakan pengalaman baru bukan sahaja kepada murid malahan kepada guru-guru sendiri. Alhamdulillah, majlis ini telah berlangsung dengan sempurna dengan sokongan yang tidak dijangka daripada pihak ibu bapa murid sendiri. Kehadiran ibu bapa murid yang tidak dijangka sungguh menggembirakan jawatankuasa. Semua kerusi yang disediakan penuh sehinggalah majlis selesai. Dengan setulus hati dan rendah diri, saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini atas keprihatinan dan kesungguhan yang ditunjukkan.
Buat ketika ini, disertakan sedikit gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung. Selebihnya akan dipamerkan di papan kenyataan PSS dan papan kenyataan sekolah