Malam semalam, saya sempat menikmati teh bunga yang dibeli di pasar malam. Sedap.. memang sedap dan ini memberikan ilham kepada saya untuk berkongsi sedikit maklumat mengenainya. Melalui pembacaan dan carian maklumat dari internet rasanya tidak banyak yang dapat saya tuliskan dalam ruangan kali ini.
Sebelum berbicara mengenai teh bunga tersebut rasanya eloklah diperkenalkan dengan bunganya dahulu. Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Namun begitu, bagi sesetengah negara di Eropah dan Jepun, bunga ini melambangkan kematian dan hanya digunakan dalam pengebumian atau diletakkan di atas kubur. Bagi masyarakat Asia terutamanya negara kita, bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Bunga ini mengandungi khasiat yang dapat bertindak untuk menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Bunga kekwa juga sering digunakan dalam perubatan cina untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Di negara China, daun bunga kekwa akan dimasak dengan bawang putih dan cili kering. Pendek kata, teh bunga kekwa yang saya minum itu bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga sahaja tetapi mengandungi pelbagai khasiat lain juga. Cuma penggunaan gula yang banyak dalam menghasilkan teh tersebut mungkin perlu dikurangkan supaya pembeli-pembeli tidak mendapat penyakit kencing manis pula. Hahahaaa...inilah rupa bunga kekwa ya. Jangan salah bunga pula.
1 ulasan:
memang sedap.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.