RSS

Guru-guru...tahukah tentang Autisme?

Guru-guru. kita sering mendengar tentang perkataan Autisme. Tetapi tak ramai di antara kita yang mengetahui dengan lebih mendalam mengenai gejala autisme ini. Dalam ruangan kali ini diharap kita para guru dan ibubapa dapatlah sedikit maklumat mengenainya.
Autisme adalah kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder).Biasanya autisme dikesan seawal usia 3 tahun. Seseorang yang dilabelkan mengalami autisme ialah apabila terdapat gangguan pada pertumbuhan kemahiran yang melibatkan kepada kemunduran interaksi sosial dan komunikasi, diikuti dengan perlakuan dan minat yang luar biasa. Mereka juga menunjukkan cara-cara yang luar biasa dalam pembelajaran, pemerhatian, penumpuan dan penghasilan reaksi atau tahap kepekaan ransangan yang berbeza. Kadangkala mereka lebih suka hidup dalam dunia sendiri, kurang berinteraksi dengan orang lain dan kadangkala lebih bijak seawal usia 3 tahun.Buat masa ini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Latihan awal sangat penting untuk perkembangan masa depan kanak-kanak yang mengalami masalah ini. Antara ciri-ciri kanak-kanak atau orang dewasa Autisme ialah:
  1. Tidak berminat dan selalu mengelak bertentangan mata dengan orang lain dan lebih selesa bersendirian.
  2. Menghadapi kesukaran dalam memahami perasaan orang lain atau berkongsi masalah/perasaan dengan orang lain.
  3. Sukar memberi tumpuan terhadap percakapan orang lain atau lebih mudah terganggu dengan bunyi-bunyi lain.
  4. Kerap mengulangi perkataan atau ayat yang diucapkan kepada mereka.
Jika warga SKKB ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri orang yang mengalami Autisme ini bolehlah rujuk dengan Cikgu NorAsfahani atau Cikgu Mohd Sanni yang mengajar di kelas Pendidikan Khas SKKB. Selamat menambah ilmu pengetahuan ye.

*Penafian - UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA. Semua bahan di dalam petikan ini adalah untuk pengetahuan sahaja dan bukanlah bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat,diagnostik atau rawatan doktor. Ia sekadar renungan buat semua terutamanya guru-guru bagi mengenalpasti murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran.


Nak cuba buat camni?

Tadi saya baru sahaja memuatturun satu program kolaj yang agak menarik. Setelah mencubanya inilah hasilnya. Ingin mengetahui lebih lanjut tentangnya? Carilah di Shape Collage 2.1 di laman Softpedia.com. Selamat mencuba.

Selamat Hari Raya Qurban...

Ketawa...ketawa.


Sudah memang menjadi lumrah hidup, semakin meningkat usia kita semakin banyaklah masalah yang timbul hingga kadangkala kita berasa tertekan dengan hidup ini. Memang tidak dinafikan lagi dan keadaan yang sama juga kerap melanda diri saya sendiri. Baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai pengalaman seseorang yang pulih dari penyakit hanya dengan ketawa. Memang tidak masuk akal kerana hanya dengan ketawa boleh membebaskannya dari penyakit yang dihadapinya. Kita harus sedar setiap penyakit itu disembuhkan oleh Allah dengan kehendakNya, namun dalam kes ini saya rasa medium penyembuhannya adalah melalui ketawa. Jadi oleh itu selalulah ketawa. Berikut saya sertakan beberapa kebaikan ketawa yang rasanya sesuai untuk dijadikan pengetahuan kita bersama.

  1. Menurut kajian, didapati semasa kita ketawa, kelenjar endokrin yang terdapat dalam otak akan mengeluarkan hormon endorfin (sejenis hormon yang membuatkan seseorang itu merasa seronok dan selesa)
  2. Ketawa akan membuatkan kita gembira dan seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri malah menjadikan suasana persekitaran bertambah ceria.
  3. Ketawa juga dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Secara tidak langsung penyakit-penyakit tertentu seperti batuk, selsema dan sakit tekak sukar menyerang.
  4. Kajian juga mendapati dengan ketawa mampu mengawal pelbagai jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, insomnia, tekanan perasaan, asma, migrain dan artritis.
  5. Selain itu, ketawa juga merupakan satu meditasi terbaik untuk mendapatkan ketenangan.
  6. Ketawa juga dapat membuang nilai-nilai negatif seperti rasa bersalah, ego, marah, takut, cemburu dan sebagainya.
Oleh itu, marilah kita mulakan hari-hari dalam hidup kita dengan perasaan gembira dan ceria. Redakan perasaan kita dengan ketawa bersama-sama rakan-rakan atau ahli keluarga. Ketawa tidak memerlukan bayaran malah percuma tetapi harus berpada dan bertempat. Janganlah ketawa secara tiba-tiba di khalayak ramai. Nanti disangkakan gila pula. Hahahahaaa...selamat bergembira di cuti sekolah ini.


Ketahui Petua dan Rahsia Makan Yang Baik

Tak kiralah hari apa pun, kita haruslah sentiasa menjaga tubuh badan supaya sentiasa sihat. Aidiladha pun tidak berapa lama lagi. Jadi di sini ingin saya kongsikan beberapa petua atau rahsia tentang pemakanan yang baik.Antara petua atau rahsia yang telah saya perolehi daripada beberapa sumber bacaan ialah:
  1. Mandilah sebelum subuh. Ini adalah kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan pengumpulan lemak dan dapat mengekalkan kelangsingan badan anda tau..
  2. Jangan tinggal makan malam! Sebab meninggalkan makan malam boleh meningkatkan paras kolesterol anda.
  3. Tidak mencampurkan makanan laut dan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan. Rahsia ini dikatakan telah dibuktikan oleh saintis yang menemui ion positif dalam ayam dan ion negatif dalam ikan. Campuran kedua-dua ion itu dalam makanan dapat menghasilkan tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita. Wow..gitu rupanye.
  4. Perbanyakkan minum air suam setiap pagi kerana dikatakan juga mampu menjauhkan kita dari penyakit.
  5. Makan dengan tangan dan kemudian jilatlah jari anda sesudah makan. Saintis telah menemui sebilangan enzim yang membantu proses pencernaan yang lebih banyak di celah jari, kira-kira 10 kali ganda dari enzim di air liur.
  6. Makanlah dengan perlahan! Tak perlu gelojoh dan tamak. Sebab perut kita memerlukan masa selama 20 minit untuk bertindakbalas dengan makanan yang diambil untuk terasa kenyang.
  7. Jangan juga mengambil terlalu banyak minuman berais dan bergas.
  8. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, berlemak atau manis yang terlalu banyak.
Harus diingat ya, semua petua dan rahsia di atas adalah peringatan dan nasihat kepada kita semua dalam memilih cara makan yang betul. Sekiranya ada diantara anda yang tidak bersetuju, anggaplah ia sekadar menambah ilmu pembacaan anda. Apa yang penting, kesihatan kita tanggungjawab kita sendiri.

Detik-detik Akhir Persekolahan

20 hb November bersamaan dengan hari Jumaat adalah merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Sibuk..sungguh sibuk guru-guru mengemaskan fail-fail peribadi dan kelas masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua guru SKKB yang telah bertungkus lumus mengajar dan mendidik anak murid di Kg Bahagia ini. Labuhnya tirai tahun 2009 ini, maka berakhirlah tugas seorang guru mengajar di dalam kelas. Semoga tahun ini akan menjadi kenangan yang terbaik bagi guru-guru dan murid-murid SK Kg Bahagia. Terima kasih...




Jamuan Akhir Tahun

Tarikh: 18.9.2009
Tempat: Sutera Indah Teluk Intan
Masa: 8.00 malam

Pada 18hb November yang lepas, jamuan akhir tahun telah diadakan untuk semua staff SK Kg Bahagia. Semua guru dialu-alukan hadir ke jamuan tersebut dengan bertemakan pakaian "bebas". Macam-macam jenis pakaian guru ni terutamanya guru perempuan..ada jenis yang blink-blink, ada yang tudung labuh macam langsir dan yang bermata biru pun ada. Semuanya cantik-cantik belaka dan bau perfume pun dah mengalahkan bau lauk-pauk.

Guru lelaki pula telah menunjukkan ciri-ciri pakaian yang tepat dengan tema "bebas"..ada yang pakai T-shirt, seluar jeans, berbaju batik, dan hanya berselipar pun ada. Alhamdulillah mereka semua berbaju.

Jamuan telah dimulakan tepat pada jam 8.00 malam oleh Teacher Wan Teh yang berperanan sebagai pengacara majlis pada malam itu. Kemudian, majlis diserikan dengan ucapan daripada dua orang bekas staff SKKB iaitu Pn. Ruziah dan En. Azwanuddin. Pn. Ruziah baharu sahaja dinaikkan pangkat sebagai PK Koko ke SK Tanjong Bayan manakala En. Azwanuddin bertukar kerja ke TNB Manjong. Panjang sangat ucapan Kak Ruziah, mungkin memendam perasaan tidak berpeluang untuk bercakap selama ini. Manakala, ucapan ringkas malu-malu kucing En. Azwanuddin amat melegakan guru-guru lelaki yang dah tak sabar menanti hidangan yang hampir membeku.

Majlis diteruskan dengan hidangan selera oleh restoran Sutera Indah. Entah berapalah kos yang diperlukan pada malam tersebut dan yang pasti wang RM100.00 dari yuran tahunan kelab staf telah didahulukan. Kemudian, acara cabutan bertuah dan hadiah hari jadi telah memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Berpuluh-puluh hadiah telah disampaikan dan diharapkan semua guru berpuas hati walaupun raut wajah penat jelas kelihatan pada malam tersebut.


Tahniah....UPSR bertambah baik.

Hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) telah diumumkan dan dikeluarkan secara rasminya di seluruh negara. Begitu juga dengan SK Kampong Bahagia. Pada tahun ini keputusan UPSR telah meningkat. Pencapaian keseluruhan meningkat sebanyak 10 peratus berbanding tahun lalu. Bilangan murid yang mendapat keputusan 5 A bagi tahun ini ialah seramai 20 orang sahaja. Pelajar yang mendapat 5 A juga meningkat dari angka 16 orang pada tahun lepas.

Pada hari ini juga diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid bagi sesi 2009. Majlis kali ini dirasmikan oleh Dr. Roslan Bin Hussin, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak. Bermula pada jam 2, majlis diserikan dengan bacaan doa, ucapan daripada tetamu-tetamu jemputan dan penyampaian anugerah kepada pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.




Cikgu Rizal ke Seminar Pembentangan Pakej Terbaik Pembestarian Sekolah Peringkat Zon Utara.

Cikgu Rizal
Pada 16 November hingga 17 November yang lalu, salah seorang guru sekolah ini telah terpilih iaitu sebagai salah seorang pembentang bagi Program Pembestarian Sekolah Peringkat Zon Utara yang bertempat di Pulau Pinang. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Rizal Bin Hambali. Beliau mewakili Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh dan sekaligus mewakili negeri Perak. Kumpulan beliau difahamkan telah berjaya mendapat tempat ke 3 daripada 6 buah IPG yang bertanding. Walaupun hanya mendapat tempat ke 3 beliau sangat bersyukur kerana telah dapat menimba banyak pengalaman sepanjang berada di sana. Tahniah diucapkan.

Permata Hati

ASSALAMUALAIKUM,


Program PERMATA HATI ini adalah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini adalah dibawah kelolaan Unit Kurikulum SK Kampong Bahagia, Teluk Intan dan akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Program ini akan melibatkan semua murid Tahun 5 bagi tahun 2009. Guru-guru mata pelajaran utama akan bertindak sebagai fasilitator dan penceramah luar turut dijemput dalam program ini.


MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkaliber dan berfikiran mantap dalam setiap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dapat menggalakkan penglibatan dan kesedaran tentang peranan mereka di dalam kehidupan. Ianya juga bermatlamat untuk melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa.


OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah supaya

  1. Dapat melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan.
  2. Dapat melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan cara pembelajaran yang betul dan berkesan secara berterusan
  3. Dapat menggalakkan penglibatan yang sihat dalam program ini.
  4. Dapat mewujudkan semangat daya saing dan bekerjasama dalam pasukan.
  5. Dapat memupuk rasa kesedaran dalam diri pelajar dan ibu bapa terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Seramai 131 orang peserta yang terdiri daripada 58 murid perempuan dan 73 murid lelaki telah menghadiri program tersebut. Pengurusan program ini telah melakukan yang terbaik walaupun terdapat sedikit kecacatan yang tidak dapat dielakkan.


PENGHARGAAN

Setinggi perhargaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang bertugas, fasilitator dan ibu bapa yang sudi hadir bagi memeriahkan program ini. Semoga jasa kalian akan dapat memantapkan prestasi anak-anak SK Kg Bahagia pada tahun 2010.

Sekian, terima kasih.

Prepared by:
AKBAR



Camne nak create CBox - permintaan kak azlina

Ok. caranye,.. buka laman ni www.cbox.ws. pastu ikut arahan yang disediakan seperti:


langkah 1


isikan semua maklumat yang diperlukan
daftar semula password dan klik anak panah di sebelah password tu.








isikan semula password dan maklumat yang perlu dan klik butang PUBLISH


kemudian, salin (copy) semua kod dalam kotak yang ditunjukkan dan buka dalam blog akak. Gunakan ruang rekaletak-tambah alat- cari HTML/Javascript dan tampalkan (paste) kod yang disalin (copy) tu dalam box yang disediakan. dan kemudian publish. siap la akak punyer cbox.

Moh kita ke Ipoh pula!

Pada 7hb November 2009, seramai 36 orang murid telah terpilih untuk menyertai satu lawatan ke Ipoh dan diiringi oleh 4 orang guru. Mereka adalah sir Akbar, cikgu Hafiz, cikgu Rosnida dan cikgu Faridah.

Pada mulanya kami diberitahu akan menaiki sebuah bas Munich, menurut kata guru besar la. Lama jugalah menunggu kerana pada awalnya dibertahu jam 7 kami akan bertolak, tapi tunggu bas tak sampai-sampai. Akhirnya sampai juga bas yang dijanjikan.....Terkejut besar melihat keadaan bas tu! Bukannya bas Munich tapi bas sekolah pulak! Tertipu kami...sedihnya. Yang tak bestnya lagi,bumbungnya ada lubang besar...Nak tak nak, naik jugaklah.

Kami bertolak dengan diiringi oleh pemandu bas yang berbangsa India. Ini semangat one Malaysia kot, tapi perjalanan kami dipandu dengan teramat perlahan. Keselamatan hendaklah diutamakan....itulah katanya.

Ketika dalam perjalanan, kami telah diekori oleh sebuah lagi bas sekolah. Bas tersebut adalah dari SK Sultan Abd Aziz. Sekolah tersebut adalah satu lagi wakil dari daerah Hilir Perak. Guru-guru SKSAB membertahu kami, mereka akan mengekori bas kami ke mana jua kami tuju. Tak ada arah tujuan diorang ni... Sebenarnya kami pun tak tahu nak pergi mana dulu. Sepanjang pengalaman membawa murid-murid, inilah kali pertama program lawatan anjuran JPN memberi kebebasan kepada guru-guru untuk memilih arah destinasi masing-masing dan yang pastinya mesti sampai ke Taman Tema Lost World, Tambun pada jam 12 tengahari.

Kami mulakan destinasi ke UiTM kampus Sri Iskandar. Di sana, kami hanya sempat bergambar di hadapan menara logo UiTM sahaja. Kami telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar di sana sedang menduduki peperiksaan akhir. Yela takkan nak lawat orang tengah exam pulak... Manakala sebuah lagi bas dari SKSAB memilih untuk tidak turun dari bas. Diaorang tangkap gambar dalam bas je kot..

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Universiti Teknologi Pertonas (UTP). Wow!! Memang gah UTP ini dibina dengan teknologi dan design yang amat menarik dan canggih. Di sana kami sempat melawat perpustakaan lutsinar yang amat besar sekali. "Kalau depa tak pandai juga tak tahulah" menurut cikgu Hafiz. Tandasnya juga canggih, tak ada pili getah. Jikalau budak-budak SKKB ni tak tahu nak guna, tak bersiramlah agaknya. Memang kaya UTP ni dengan struktur bangunan yang amat menarik.

Seterusnya, destinasi kami adalah ke Kellie Castle dengan bantuan jalan daripada cikgu Rosnida. Alangkah baiknya jikalau cikgu Rosnida je yang pandu bas, boleh cepat sikit kami sampai..he..he.. Di sana, lawatan kami dikenakan dengan bayaran RM3 untuk seorang murid. Istana tersebut masih lagi utuh berdiri dengan memori sejarah lampau. Sempat lagi bergambar beramai-ramai tu..Selain itu, jurukamera SK Kg Bahagia telah menemu ramah seorang Mat Salih yang berada di situ. Beliau yang berasal dari England turut mengagumi kewujudan istana tersebut. Hampir setengah jam kami melawat bangunan berkenaan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Taman Tema Lost World, Tambun.

Seronoknya budak-budak ni...Tapi kesian, guru-guru tidak membenarkan mereka mandi kerana masa yang diberikan kepada kami adalah terlalu singkat.Kami mulakan aktiviti dengan mengambil makanan yang disediakan. Lunch dengan nasi goreng ayam, air mineral dan aiskrim telah dibekalkan kepada kami. Kira oklah tu ye, takkan nak minta lebih-lebih pula. Kemudian, kami singgah melihat haiwan-haiwan yang dipelihara di Lost World. Boleh dikatakan mini zoo ini telah menjadi tempat tontonan dan pengisian masa budak-budak ni melihat haiwan. Cikgu Faridah pula bukan main lagi seronok memegang iguana tapi kalau tengok ular,dialah yang melompat paling tinggi. Kemudian, kami ke tempat aktiviti riadah bersama pengunjung. Naik buaian, pusing-pusing, pening-pening.... Nampak je budak-budak ni seronok, cikgu-cikgunya turut ingin merasai keseronokan tersebut. Cuma jurukamera je tak join sekali sebab...biarlah budak-budak.....So, jurukameralah jadi tempat sangkut beg tangan, berat pulak tu...nasi goreng dua kotak sorang..he..he..

Hampir tiga jam memori kami di Lost World, kami barsiap sedia untuk pulang. Sebelum berangkat, kami dibekalkan dengan sehelai t-shirt bewarna kuning. Di dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah masjid di Kampar untuk solat dan menukar pakaian.

Perjalanan pulang kami sungguh mengasyikkan, senyap je..penat kot diaorang ni. Kami sampai pulang ke SKKB pada jam 6.45 petang. Seronok, best dan penat adalah ungkapan daripada bibir murid-murid SKKB. Ini adalah merupakan lawatan yang paling ringkas yang pernah diadakan. Semoga memori di Ipoh sentiasa menjadi kenangan buat selama-lamanya.