Teh Bunga Kekwa...sedap!!!
Sebelum berbicara mengenai teh bunga tersebut rasanya eloklah diperkenalkan dengan bunganya dahulu. Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Namun begitu, bagi sesetengah negara di Eropah dan Jepun, bunga ini melambangkan kematian dan hanya digunakan dalam pengebumian atau diletakkan di atas kubur. Bagi masyarakat Asia terutamanya negara kita, bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Bunga ini mengandungi khasiat yang dapat bertindak untuk menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Bunga kekwa juga sering digunakan dalam perubatan cina untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Di negara China, daun bunga kekwa akan dimasak dengan bawang putih dan cili kering. Pendek kata, teh bunga kekwa yang saya minum itu bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga sahaja tetapi mengandungi pelbagai khasiat lain juga. Cuma penggunaan gula yang banyak dalam menghasilkan teh tersebut mungkin perlu dikurangkan supaya pembeli-pembeli tidak mendapat penyakit kencing manis pula. Hahahaaa...inilah rupa bunga kekwa ya. Jangan salah bunga pula.
Guru-guru...tahukah tentang Autisme?
Autisme adalah kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder).Biasanya autisme dikesan seawal usia 3 tahun. Seseorang yang dilabelkan mengalami autisme ialah apabila terdapat gangguan pada pertumbuhan kemahiran yang melibatkan kepada kemunduran interaksi sosial dan komunikasi, diikuti dengan perlakuan dan minat yang luar biasa. Mereka juga menunjukkan cara-cara yang luar biasa dalam pembelajaran, pemerhatian, penumpuan dan penghasilan reaksi atau tahap kepekaan ransangan yang berbeza. Kadangkala mereka lebih suka hidup dalam dunia sendiri, kurang berinteraksi dengan orang lain dan kadangkala lebih bijak seawal usia 3 tahun.Buat masa ini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Latihan awal sangat penting untuk perkembangan masa depan kanak-kanak yang mengalami masalah ini. Antara ciri-ciri kanak-kanak atau orang dewasa Autisme ialah:
- Tidak berminat dan selalu mengelak bertentangan mata dengan orang lain dan lebih selesa bersendirian.
- Menghadapi kesukaran dalam memahami perasaan orang lain atau berkongsi masalah/perasaan dengan orang lain.
- Sukar memberi tumpuan terhadap percakapan orang lain atau lebih mudah terganggu dengan bunyi-bunyi lain.
- Kerap mengulangi perkataan atau ayat yang diucapkan kepada mereka.
*Penafian - UNTUK PENGETAHUAN SAHAJA. Semua bahan di dalam petikan ini adalah untuk pengetahuan sahaja dan bukanlah bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat,diagnostik atau rawatan doktor. Ia sekadar renungan buat semua terutamanya guru-guru bagi mengenalpasti murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran.
Nak cuba buat camni?
Ketawa...ketawa.
Sudah memang menjadi lumrah hidup, semakin meningkat usia kita semakin banyaklah masalah yang timbul hingga kadangkala kita berasa tertekan dengan hidup ini. Memang tidak dinafikan lagi dan keadaan yang sama juga kerap melanda diri saya sendiri. Baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai pengalaman seseorang yang pulih dari penyakit hanya dengan ketawa. Memang tidak masuk akal kerana hanya dengan ketawa boleh membebaskannya dari penyakit yang dihadapinya. Kita harus sedar setiap penyakit itu disembuhkan oleh Allah dengan kehendakNya, namun dalam kes ini saya rasa medium penyembuhannya adalah melalui ketawa. Jadi oleh itu selalulah ketawa. Berikut saya sertakan beberapa kebaikan ketawa yang rasanya sesuai untuk dijadikan pengetahuan kita bersama.
- Menurut kajian, didapati semasa kita ketawa, kelenjar endokrin yang terdapat dalam otak akan mengeluarkan hormon endorfin (sejenis hormon yang membuatkan seseorang itu merasa seronok dan selesa)
- Ketawa akan membuatkan kita gembira dan seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri malah menjadikan suasana persekitaran bertambah ceria.
- Ketawa juga dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Secara tidak langsung penyakit-penyakit tertentu seperti batuk, selsema dan sakit tekak sukar menyerang.
- Kajian juga mendapati dengan ketawa mampu mengawal pelbagai jenis penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, insomnia, tekanan perasaan, asma, migrain dan artritis.
- Selain itu, ketawa juga merupakan satu meditasi terbaik untuk mendapatkan ketenangan.
- Ketawa juga dapat membuang nilai-nilai negatif seperti rasa bersalah, ego, marah, takut, cemburu dan sebagainya.
Ketahui Petua dan Rahsia Makan Yang Baik
- Mandilah sebelum subuh. Ini adalah kerana air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan pengumpulan lemak dan dapat mengekalkan kelangsingan badan anda tau..
- Jangan tinggal makan malam! Sebab meninggalkan makan malam boleh meningkatkan paras kolesterol anda.
- Tidak mencampurkan makanan laut dan darat seperti ikan dan susu dalam satu hidangan. Rahsia ini dikatakan telah dibuktikan oleh saintis yang menemui ion positif dalam ayam dan ion negatif dalam ikan. Campuran kedua-dua ion itu dalam makanan dapat menghasilkan tindakbalas biokimia yang boleh merosakkan usus kita. Wow..gitu rupanye.
- Perbanyakkan minum air suam setiap pagi kerana dikatakan juga mampu menjauhkan kita dari penyakit.
- Makan dengan tangan dan kemudian jilatlah jari anda sesudah makan. Saintis telah menemui sebilangan enzim yang membantu proses pencernaan yang lebih banyak di celah jari, kira-kira 10 kali ganda dari enzim di air liur.
- Makanlah dengan perlahan! Tak perlu gelojoh dan tamak. Sebab perut kita memerlukan masa selama 20 minit untuk bertindakbalas dengan makanan yang diambil untuk terasa kenyang.
- Jangan juga mengambil terlalu banyak minuman berais dan bergas.
- Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, berlemak atau manis yang terlalu banyak.
Detik-detik Akhir Persekolahan
Jamuan Akhir Tahun
Tempat: Sutera Indah Teluk Intan
Masa: 8.00 malam
Majlis diteruskan dengan hidangan selera oleh restoran Sutera Indah. Entah berapalah kos yang diperlukan pada malam tersebut dan yang pasti wang RM100.00 dari yuran tahunan kelab staf telah didahulukan. Kemudian, acara cabutan bertuah dan hadiah hari jadi telah memeriahkan lagi majlis pada malam itu. Berpuluh-puluh hadiah telah disampaikan dan diharapkan semua guru berpuas hati walaupun raut wajah penat jelas kelihatan pada malam tersebut.
Tahniah....UPSR bertambah baik.
Pada hari ini juga diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid bagi sesi 2009. Majlis kali ini dirasmikan oleh Dr. Roslan Bin Hussin, Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak. Bermula pada jam 2, majlis diserikan dengan bacaan doa, ucapan daripada tetamu-tetamu jemputan dan penyampaian anugerah kepada pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Cikgu Rizal ke Seminar Pembentangan Pakej Terbaik Pembestarian Sekolah Peringkat Zon Utara.
Permata Hati
Program PERMATA HATI ini adalah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini adalah dibawah kelolaan Unit Kurikulum SK Kampong Bahagia, Teluk Intan dan akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Program ini akan melibatkan semua murid Tahun 5 bagi tahun 2009. Guru-guru mata pelajaran utama akan bertindak sebagai fasilitator dan penceramah luar turut dijemput dalam program ini.
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkaliber dan berfikiran mantap dalam setiap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta dapat menggalakkan penglibatan dan kesedaran tentang peranan mereka di dalam kehidupan. Ianya juga bermatlamat untuk melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa.
OBJEKTIF
Antara objektif program ini ialah supaya
- Dapat melahirkan generasi pemimpin yang berketrampilan.
- Dapat melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan cara pembelajaran yang betul dan berkesan secara berterusan
- Dapat menggalakkan penglibatan yang sihat dalam program ini.
- Dapat mewujudkan semangat daya saing dan bekerjasama dalam pasukan.
- Dapat memupuk rasa kesedaran dalam diri pelajar dan ibu bapa terhadap tanggungjawab dan peranan masing-masing.
Seramai 131 orang peserta yang terdiri daripada 58 murid perempuan dan 73 murid lelaki telah menghadiri program tersebut. Pengurusan program ini telah melakukan yang terbaik walaupun terdapat sedikit kecacatan yang tidak dapat dielakkan.
Sekian, terima kasih.
Prepared by:
AKBAR
Camne nak create CBox - permintaan kak azlina
langkah 1
isikan semua maklumat yang diperlukan
daftar semula password dan klik anak panah di sebelah password tu.
isikan semula password dan maklumat yang perlu dan klik butang PUBLISH
kemudian, salin (copy) semua kod dalam kotak yang ditunjukkan dan buka dalam blog akak. Gunakan ruang rekaletak-tambah alat- cari HTML/Javascript dan tampalkan (paste) kod yang disalin (copy) tu dalam box yang disediakan. dan kemudian publish. siap la akak punyer cbox.
Moh kita ke Ipoh pula!
Pada mulanya kami diberitahu akan menaiki sebuah bas Munich, menurut kata guru besar la. Lama jugalah menunggu kerana pada awalnya dibertahu jam 7 kami akan bertolak, tapi tunggu bas tak sampai-sampai. Akhirnya sampai juga bas yang dijanjikan.....Terkejut besar melihat keadaan bas tu! Bukannya bas Munich tapi bas sekolah pulak! Tertipu kami...sedihnya. Yang tak bestnya lagi,bumbungnya ada lubang besar...Nak tak nak, naik jugaklah.
Kami bertolak dengan diiringi oleh pemandu bas yang berbangsa India. Ini semangat one Malaysia kot, tapi perjalanan kami dipandu dengan teramat perlahan. Keselamatan hendaklah diutamakan....itulah katanya.
Ketika dalam perjalanan, kami telah diekori oleh sebuah lagi bas sekolah. Bas tersebut adalah dari SK Sultan Abd Aziz. Sekolah tersebut adalah satu lagi wakil dari daerah Hilir Perak. Guru-guru SKSAB membertahu kami, mereka akan mengekori bas kami ke mana jua kami tuju. Tak ada arah tujuan diorang ni... Sebenarnya kami pun tak tahu nak pergi mana dulu. Sepanjang pengalaman membawa murid-murid, inilah kali pertama program lawatan anjuran JPN memberi kebebasan kepada guru-guru untuk memilih arah destinasi masing-masing dan yang pastinya mesti sampai ke Taman Tema Lost World, Tambun pada jam 12 tengahari.
Kami mulakan destinasi ke UiTM kampus Sri Iskandar. Di sana, kami hanya sempat bergambar di hadapan menara logo UiTM sahaja. Kami telah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar di sana sedang menduduki peperiksaan akhir. Yela takkan nak lawat orang tengah exam pulak... Manakala sebuah lagi bas dari SKSAB memilih untuk tidak turun dari bas. Diaorang tangkap gambar dalam bas je kot..
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Universiti Teknologi Pertonas (UTP). Wow!! Memang gah UTP ini dibina dengan teknologi dan design yang amat menarik dan canggih. Di sana kami sempat melawat perpustakaan lutsinar yang amat besar sekali. "Kalau depa tak pandai juga tak tahulah" menurut cikgu Hafiz. Tandasnya juga canggih, tak ada pili getah. Jikalau budak-budak SKKB ni tak tahu nak guna, tak bersiramlah agaknya. Memang kaya UTP ni dengan struktur bangunan yang amat menarik.
Seterusnya, destinasi kami adalah ke Kellie Castle dengan bantuan jalan daripada cikgu Rosnida. Alangkah baiknya jikalau cikgu Rosnida je yang pandu bas, boleh cepat sikit kami sampai..he..he.. Di sana, lawatan kami dikenakan dengan bayaran RM3 untuk seorang murid. Istana tersebut masih lagi utuh berdiri dengan memori sejarah lampau. Sempat lagi bergambar beramai-ramai tu..Selain itu, jurukamera SK Kg Bahagia telah menemu ramah seorang Mat Salih yang berada di situ. Beliau yang berasal dari England turut mengagumi kewujudan istana tersebut. Hampir setengah jam kami melawat bangunan berkenaan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Taman Tema Lost World, Tambun.
Seronoknya budak-budak ni...Tapi kesian, guru-guru tidak membenarkan mereka mandi kerana masa yang diberikan kepada kami adalah terlalu singkat.Kami mulakan aktiviti dengan mengambil makanan yang disediakan. Lunch dengan nasi goreng ayam, air mineral dan aiskrim telah dibekalkan kepada kami. Kira oklah tu ye, takkan nak minta lebih-lebih pula. Kemudian, kami singgah melihat haiwan-haiwan yang dipelihara di Lost World. Boleh dikatakan mini zoo ini telah menjadi tempat tontonan dan pengisian masa budak-budak ni melihat haiwan. Cikgu Faridah pula bukan main lagi seronok memegang iguana tapi kalau tengok ular,dialah yang melompat paling tinggi. Kemudian, kami ke tempat aktiviti riadah bersama pengunjung. Naik buaian, pusing-pusing, pening-pening.... Nampak je budak-budak ni seronok, cikgu-cikgunya turut ingin merasai keseronokan tersebut. Cuma jurukamera je tak join sekali sebab...biarlah budak-budak.....So, jurukameralah jadi tempat sangkut beg tangan, berat pulak tu...nasi goreng dua kotak sorang..he..he..
Hampir tiga jam memori kami di Lost World, kami barsiap sedia untuk pulang. Sebelum berangkat, kami dibekalkan dengan sehelai t-shirt bewarna kuning. Di dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah masjid di Kampar untuk solat dan menukar pakaian.
Perjalanan pulang kami sungguh mengasyikkan, senyap je..penat kot diaorang ni. Kami sampai pulang ke SKKB pada jam 6.45 petang. Seronok, best dan penat adalah ungkapan daripada bibir murid-murid SKKB. Ini adalah merupakan lawatan yang paling ringkas yang pernah diadakan. Semoga memori di Ipoh sentiasa menjadi kenangan buat selama-lamanya.