Al-Fatihah...
LADAP lagi....
Namun begitu masih ada lagi rasa terkilan di hati saya kerana kehadiran kali ini lebih ramai daripada kehadiran kursus LADAP tentang ICT yang lalu. Pemakaian mereka juga formal tidak seperti kursus LADAp ICT lalu. Mungkin ada di antara mereka yang mengambil mudah tentang pakaian pada hari tersebu. Mungkin. Ini cuma cetusan rasa saya sahaja. Bukan untuk semua guru tetapi untuk sebilangan guru yang sangat ketara tindak tanduk mereka.
Slot ke dua pula akan disampaikan oleh seorang ustaz terkenal di sini iaitu UStaz Mat Radzi.Apa pengisiannya saya pun tak tahu. Tunggu sajalah dalam catatan seterusnya.
Kursus LADAP ICT di Pusat Sumber SKKB
Kursus/Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ini dijalankan di Pusat Sumber Sekolah pada hari Sabtu (4 Julai)yang lalu. Disebabkan kekangan masa, saya tidak dapat mengemaskini blog ini pada minggu lalu. Sekarang barulah dapat menarik nafas lega sedikit kerana banyak kerja yang telah dibereskan.
Daripada 65 guru yang terdapat di sekolah ini, rasanya yang menghadirkan diri tidak ramai. Dalam lingkungan 30-40 orang sahaja. Fasilitatornya pula 3 orang iaitu :
1. Pn. Nazrah Maani - Nilam dan Zoom-A
2. En. Mohd Rizal Hambali - EDUWEBTV
3. En. Mohd Fuad Basar - Email dan Blog
Ketiga-tiga tajuk memang menarik tetapi waktu yang diperuntukkan untuk sesi bengkel tidak mencukupi. Terlalu singkat. Jadi Selepas ini saya harap dapatlah dipanjangkan masa untuk perbengkelan kerana dapatlah semua guru mencuba sendiri ketiga-tiga perkara tersebut.
Sekian.
Guru-Guru Pusat Sumber
Mesyuarat JawatanKerja PSS
Kami duduk berbincang selama satu jam. Akhirnya semua telah bersetuju untuk melaksanakan tugasan masing-masing dengan kerelaan. Wah, tak lama lagi persekitaran sekolah dan pusat sumber kami akan berubah. Harap lebih menarik dan ceria. Tunggulah berita dan gambar-gambar yang akan di upload tak lama lagi. Sekian.
Selamat Hari Bapa!!
Kepada mereka yang tidak mengetahui tentang Hari Bapa ni, eloklah cuba melayari internet dan mula mencari maklumat tentangnya. Melalui blog ini sedikit maklumat ingin saya kongsikan bersama pembaca. Selama ini saya ingatkan tarikh sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu adalah sama untuk semua negara. Rupa-rupanya bagi negara kita Malaysia, sambutan Hari Bapa adalah pada hari Ahad ke tiga bulan Jun. Ini bermakna bagi tahun 2009 ini, ia jatuh pada tarikh 21 Jun 2009. Bagi golongan bapa, hari ini adalah hari yang penuh bermakna kerana ia adalah penghargaan kepada mereka. Mungkin anak-anak yang masih ingat jasa dan pengorbanan bapa akan menyatakan rasa sayang dan mungkin juga ada sedikit cenderahati buat bapa mereka. Buat mereka yang masih ada bapa janganlah lupa untuk meluangkan masa bersama mereka. Ingatlah semua jasa mereka kepada kita walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengan mereka.
Ingatlah, tanpa bapa, tak mungkin kita akan dapat melihat dunia ini. Untuk golongan bapa di seluruh dunia dan guru-guru yang sudah bergelar bapa, ruangan kali ini mengucapkan Selamat Hari Bapa dan Selamat Maju Jaya. Sekian.
Cuti..cuti...cuti
Hahaha...sebenarnya bukan itu perkara pokok yang ingin diutarakan sekarang. Kebetulan sahaja ketika saya menulis sekarang adalah musim cuti sekolah. Hal yang ingin dimaklumkan kepada semua ialah sepanjang cuti penggal ini, guru-guru Sk Kampong Bahagia, Teluk Intan rupanya masih ramai yang sanggup mencurahkan bakti kepada murid di sekolah. Bangga sungguh saya. Ada yang mengajar kelas tambahan dan kelas intensif untuk tahun 4, 5 dan 6. Ada juga yang datang untuk mengemas meja, menanda kertas jawapan murid dan tidak ketinggalan mengemas dan membaikpulih Pusat Sumber Sekolah.
Sememangnya kami boleh bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga namun kadangkala kami banyak mengorbankan masa lapang bersama keluarga untuk mencurah bakti kepada murid-murid dan sekolah. Wah...kalau yang bukan guru mesti tidak setuju, tetapi itulah hakikatnya di sini. Hahahaha...lupakan hal itu.
Untuk tahun ini, kami perlu berusaha lebih giat lagi berbanding tahun lepas( tahun lepas lebih dari tahun sebelumnya..dan tahun sebelumnya itu lebih dari tahun-tahun sebelumnya..) sebab masih banyak yang perlu diperbaiki. Untuk itu, kami guru-guru pusat sumber akan bersama-sama membaikpulih dan cuba menaiktaraf pusat sumber kami supaya kami mendapat menjalankan fungsi sewajarnya. Doakanlah kami berjaya tahun ini. Kepada guru-guru Pusat Sumber SKKB terutamanya Cikgu Nazrah Maani , Cikgu Rosnah Sirat dan Cikgu Mohd Rizal Hambali berusahalah bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mungkin untuk mencapai target tahun ini. Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan anda bertiga yang sanggup melaksanakan tugas walaupun semasa cuti sekolah ini.







