RSS

Cuti..cuti...cuti

Kadangkala orang kata cikgu banyak cuti. Namun sebenarnya tak semua yang memahami tugas sebenar seorang guru. Guru-guru masih boleh dipanggil untuk bertugas di waktu cuti.
Hahaha...sebenarnya bukan itu perkara pokok yang ingin diutarakan sekarang. Kebetulan sahaja ketika saya menulis sekarang adalah musim cuti sekolah. Hal yang ingin dimaklumkan kepada semua ialah sepanjang cuti penggal ini, guru-guru Sk Kampong Bahagia, Teluk Intan rupanya masih ramai yang sanggup mencurahkan bakti kepada murid di sekolah. Bangga sungguh saya. Ada yang mengajar kelas tambahan dan kelas intensif untuk tahun 4, 5 dan 6. Ada juga yang datang untuk mengemas meja, menanda kertas jawapan murid dan tidak ketinggalan mengemas dan membaikpulih Pusat Sumber Sekolah.
Sememangnya kami boleh bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga namun kadangkala kami banyak mengorbankan masa lapang bersama keluarga untuk mencurah bakti kepada murid-murid dan sekolah. Wah...kalau yang bukan guru mesti tidak setuju, tetapi itulah hakikatnya di sini. Hahahaha...lupakan hal itu.
Untuk tahun ini, kami perlu berusaha lebih giat lagi berbanding tahun lepas( tahun lepas lebih dari tahun sebelumnya..dan tahun sebelumnya itu lebih dari tahun-tahun sebelumnya..) sebab masih banyak yang perlu diperbaiki. Untuk itu, kami guru-guru pusat sumber akan bersama-sama membaikpulih dan cuba menaiktaraf pusat sumber kami supaya kami mendapat menjalankan fungsi sewajarnya. Doakanlah kami berjaya tahun ini. Kepada guru-guru Pusat Sumber SKKB terutamanya Cikgu Nazrah Maani , Cikgu Rosnah Sirat dan Cikgu Mohd Rizal Hambali berusahalah bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mungkin untuk mencapai target tahun ini. Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan anda bertiga yang sanggup melaksanakan tugas walaupun semasa cuti sekolah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.