RSS

Selamat Hari Bapa!!

Hari Bapa yang disambut setiap tahun selalunya kurang mendapat perhatian berbanding sambutan Hari Ibu. Kadangkala jika kita bertanya kepada anak-anak tentang sambutan Hari Bapa rupanya tak ramai yang mengetahuinya. Apa yang anak-anak hari ini tahu ialah Hari Ibu dan Hari Guru. Kasihan juga kepada golongan bapa ni.

Kepada mereka yang tidak mengetahui tentang Hari Bapa ni, eloklah cuba melayari internet dan mula mencari maklumat tentangnya. Melalui blog ini sedikit maklumat ingin saya kongsikan bersama pembaca. Selama ini saya ingatkan tarikh sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu adalah sama untuk semua negara. Rupa-rupanya bagi negara kita Malaysia, sambutan Hari Bapa adalah pada hari Ahad ke tiga bulan Jun. Ini bermakna bagi tahun 2009 ini, ia jatuh pada tarikh 21 Jun 2009. Bagi golongan bapa, hari ini adalah hari yang penuh bermakna kerana ia adalah penghargaan kepada mereka. Mungkin anak-anak yang masih ingat jasa dan pengorbanan bapa akan menyatakan rasa sayang dan mungkin juga ada sedikit cenderahati buat bapa mereka. Buat mereka yang masih ada bapa janganlah lupa untuk meluangkan masa bersama mereka. Ingatlah semua jasa mereka kepada kita walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengan mereka.

Ingatlah, tanpa bapa, tak mungkin kita akan dapat melihat dunia ini. Untuk golongan bapa di seluruh dunia dan guru-guru yang sudah bergelar bapa, ruangan kali ini mengucapkan Selamat Hari Bapa dan Selamat Maju Jaya. Sekian.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.