RSS

Lagi Tentang Sukan SKKB 2010.

Hari ini, satu upacara penyampaian hadiah telah berlangsung. Hadiah-hadiah tersebut merupakan hadiah untuk acara padang yang telah berlansung pada hari Jumaat yang lalu. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar SKKB iaitu Tn. Hj. Naziruddin Bin Hj. Hambali. Turut serta dalam upacara penyampaian hadiah tersebut ialah PK Kokurikulum SKKB iaitu Pn. Rosnah Mat Zain.
Jumlah kutipan emas terbanyak setakat ini didahului oleh Rumah Lambretta dengan 8 Emas. Syabas!
Antara saat-saat berharga yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami....

Acara Padang Bermula!!!

Hari ini, acara padang dipertandingkan. Semua rumah sukan telah menghantar atlet rumah masing-masing. Antara acara yang dipertandingkan ialah lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi. Jadi, lensa kamera Pusat Sumber Sekolah pun mulalah mencari wajah-wajah dan aksi-aksi yang dirasakan menarik untuk dimuatnaik ke blog ini.

Lihatlah wajah-wajah ceria warga SKKB pada pagi ini.


Guru-guru SKKb sentiasa ceria dan gembira! Keep it up!


LATIHAN RUMAH BERMULA!!!

Bermula 8.2.2010 latihan rumah-rumah sukan telah bermula. Pelbagai karenah telah dapat disaksikan. Karenah guru-guru yang pelbagai hinggalah ke karenah murid-murid. Tahun ini, perubahan yang paling menarik ialah perubahan nama rumah sukan. Guzzi, Lambretta, Vespa dan Norton adalah nama rumah sukan terbaharu kami. Pada minggu lalu juga telah diadakan pertandingan bagi beberapa acara sukaneka. Berikut merupakan beberapa aksi menarik yang sempat rakamkan oleh lensa kamera saya. Jom tengok!

Nama Rumah Sukan terbaru SKKB. (Klik gambar untuk saiz lebih besar)




Barisan Kontingen yang tak berapa nak berbaris. Apalah bebudak ni...nampak kamera je mulalah transform jadi macam-macam.



Sebahagian aksi-aksi yang sempat dirakamkan. Keseronokkan BERMULA! (Klik gambar untuk saiz lebih besar)




Dah Masuk Minggu ke 3... 2010

Selamat Datang buat semua yang selalu mengikuti blog PSS Sk Kampong Bahagia ini. Ampun dan maaf buat semua pengikut dan pembaca kerana sudah lama tidak bersiaran sejak bulan Disember yang lalu. Kekangan masa dan tekanan kerja malah ditambah pula dengan kerosakkan komputer tidak memungkinkan saya mencatat peristiwa-peristiwa yang berlangsung sepanjang awal tahun 2010 ini.
Sekarang sudah masuk minggu ke-3 bagi tahun 2010 ni. Sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Jangan kuatir kerana saya akan tetap memuatkan semua peristiwa tersebut dalam jangka masa terdekat ini. Harap bersabarlah ya. Oleh itu, selamat bertemu lagi di ruangan akan datang bersama-sama dengan kejutan-kejutan terbaharu.

Teh Bunga Kekwa...sedap!!!

Malam semalam, saya sempat menikmati teh bunga yang dibeli di pasar malam. Sedap.. memang sedap dan ini memberikan ilham kepada saya untuk berkongsi sedikit maklumat mengenainya. Melalui pembacaan dan carian maklumat dari internet rasanya tidak banyak yang dapat saya tuliskan dalam ruangan kali ini.
Sebelum berbicara mengenai teh bunga tersebut rasanya eloklah diperkenalkan dengan bunganya dahulu. Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Namun begitu, bagi sesetengah negara di Eropah dan Jepun, bunga ini melambangkan kematian dan hanya digunakan dalam pengebumian atau diletakkan di atas kubur. Bagi masyarakat Asia terutamanya negara kita, bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air bagi menghasilkan minuman yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini, hanya bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Bunga ini mengandungi khasiat yang dapat bertindak untuk menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari. Bunga kekwa juga sering digunakan dalam perubatan cina untuk mengubati beberapa jenis penyakit termasuk pemulihan demam selsema. Bunga kekwa yang dibuat teh dikatakan dapat menyejukkan badan dan amat sesuai digunakan untuk mengubati demam dan meredakan pening kepala serta untuk mencerahkan mata. Di negara China, daun bunga kekwa akan dimasak dengan bawang putih dan cili kering. Pendek kata, teh bunga kekwa yang saya minum itu bukan sekadar untuk menghilangkan dahaga sahaja tetapi mengandungi pelbagai khasiat lain juga. Cuma penggunaan gula yang banyak dalam menghasilkan teh tersebut mungkin perlu dikurangkan supaya pembeli-pembeli tidak mendapat penyakit kencing manis pula. Hahahaaa...inilah rupa bunga kekwa ya. Jangan salah bunga pula.