Kita mulakan dengan penyampaian hadiah bagi para pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Naziruddin bin Hj. Hambali (Guru Besar SKKB).
(untuk melihat gambar pemenang-pemenang acara lain, sila berhubung dengan Cikgu Rizal di PSS sekolah) - tempahan gambar juga diterima.
Aksi ucapan terakhir daripada guru yang akan bertukar keluar. Cikgu Marinie bertukar ke negeri Pahang.
Pn. Norasmah dan Pn. Marinie.
Beberapa gambar 'candid' menyentuh hati yang sempat dirakamkan di Dataran Perhimpunan.
Nampaknya, Cikgu Marinie tidak dapat menahan sebak apabila diserbu oleh murid-murid yang ingin mengambil kesempatan memohon maaf daripada beliau.
Aksi guru-guru dan murid-murid lain juga sempat dirakamkan.
(untuk melihat gambar-gambar 'candid' yang lain, sila berhubung dengan Cikgu Rizal di PSS sekolah) - tempahan gambar juga diterima.
Peristiwa menarik juga berlaku di dalam Pusat Sumber Sekolah. Cuba lihat..
Akhir kata, diharapkan semoga Cikgu Marinie dan Cikgu Asmah gembira di sekolah baru dan tidak melupakan kami semua di sini. Selamat Bercuti.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.