RSS

Temasya Sukan Bermula!!!!


Salam sejahtera semua!
Semalam telah berlangsung Temasya Sukan kali ke 12 SK Kampong Bahagia. Sangat Meriah, Berwarna warni dan PANASSSSS! Bukan panas dengan komtrovesi tapi panas dgn cuacanya. Sebelum tiba waktu tengahari, cuaca cukup panas hinggakan saya sendiri terpaksa mencurahkan 2 botol air ke atas kepala. Walaupun begitu, temasya sukan tetap berlangsung dengan meriah. Unit fotografi dan audio visual (kamera Video) telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu saya, Cikgu Nazrah dan Cikgu Azua Biyanti. Oleh kerana hari ini dan esok masih lagi cuti, jadi saya masukkan dahulu gambar-gambar dari bahagian saya untuk tatapan semua. Selebihnya tunggulah pada hari Selasa atau Rabu akan datang. Jadi lihatlah dahulu wajah-wajah gembira dan candid yang sempat dirakamkan. Semoga ada gambar ceria anda yang terpilih.

Wajah-wajah Ceria Murid-murid SK Kampong Bahagia semasa Temasya.....



Aksi guru-guru yang kadang kala lebih gembira daripada murid-murid. Betul...






Acara guru yang meriah dan menghiburkan hati.. Acara KAYUH BASIKAL!



Acara Tarik Tali. (Guru Lelaki vs PIBG)

Jurinya... PakAbu (YDP PIBG)

Keputusannya.... Guru MENANG!!!!

Acara Ibu
pun tak kurang meriahnya. Acara Mencari Duit Syiling Dalam Ais. Sejukkkk tuuuu...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.