Kepada semua guru SK Kampong Bahagia, diharap tidak melupakan tarikh ini. 30 Disember 2010 akan diadakan Mesyuarat Pengurusan bagi tahun hadapan. Jangan lupa tanggungjawab anda ya! Jumpa lagi.
Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah pada tahun ini berlangsung pada 18 November 2010 iaitu pada hari Khamis. Nampaknya persediaan pada kali ini lebih baik berbanding tahun lalu. Tidak banyak yang dapat dicoretkan di ruangan ini. Hanya gambar sahaja yang dapat dipaparkan di sini.
Hari ini, satu perhimpunan khas telahpun diadakan. Terdapat dua objektif perhimpunan khas kali ini diadakan iaitu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan dan untuk memberikan penghargaan kepada dua orang guru yang akan bertukar keluar dari SKKB ini. Untuk itu, lensa kamera saya turut sama mencari saat-saat menarik untuk dirakamkan buat tatapan kita semua. Kita mulakan dengan penyampaian hadiah bagi para pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Naziruddin bin Hj. Hambali (Guru Besar SKKB). (untuk melihat gambar pemenang-pemenang acara lain, sila berhubung dengan Cikgu Rizal di PSS sekolah) - tempahan gambar juga diterima.
Aksi ucapan terakhir daripada guru yang akan bertukar keluar. Cikgu Marinie bertukar ke negeri Pahang. Pn. Norasmah dan Pn. Marinie.
Beberapa gambar 'candid' menyentuh hati yang sempat dirakamkan di Dataran Perhimpunan. Nampaknya, Cikgu Marinie tidak dapat menahan sebak apabila diserbu oleh murid-murid yang ingin mengambil kesempatan memohon maaf daripada beliau.
Aksi guru-guru dan murid-murid lain juga sempat dirakamkan. (untuk melihat gambar-gambar 'candid' yang lain, sila berhubung dengan Cikgu Rizal di PSS sekolah) - tempahan gambar juga diterima.
Peristiwa menarik juga berlaku di dalam Pusat Sumber Sekolah. Cuba lihat..
Akhir kata, diharapkan semoga Cikgu Marinie dan Cikgu Asmah gembira di sekolah baru dan tidak melupakan kami semua di sini. Selamat Bercuti.
Kita boleh mengetahui usia sesuatu pokok dengan cara mengira jumlah garisan yang melingkar pada bahagian dalam pokok. Tetapi pokok itu perlulah ditebang dahulu. satu lingkaran bersamaan satu tahun. Jadi semakin banyak lingkaran, semakin tualah pokok itu dan sebaliknya.
Ketahui Fakta Tubuh Anda!
Anda penghidap Asma? Tahukah anda apa itu asma? Asma ialah sejenis penyakit kronik yang akan menyerang saluran pernafasan dalam paru-paru. Ia akan menyebabkan penyempitan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru yang membawa kepada kesukaran bernafas.