RSS

Pertandingan Bermula!

Hari ini bermula jam 3.15 petang, banyak acara pertandingan telah berlangsung. Antaranya ialah Pertandingan Batu Seremban, Pertandingan Bola Sepak antara rumah sukan, Pertandingan Congkak dan Pertandingan Mereka Sepanduk. Suasana agak meriah terutamanya di padang sekolah. Lensa kamera mula mencari 'mangsa-mangsa'. Antara mereka yang menjadi mangsa lensa kamera kali ini ialah:

Lokasi : Padang (Bola Sepak)



Kecederaan di padang menyerlahkankan sikap prihatin dan bantu membantu ...


Lokasi: Kantin (Pertandingan Sepanduk)

Pertandingan Mewarna bermula !!!

Pertandingan mewarna minggu Anti Dadah telah bermula. Pelbagai reaksi dan gaya mewarna dapat dilihat. Lensa kamera saya mula bergerak untuk mencari mangsa-mangsa yang menunjukkan aksi menarik. Sebahagian aksi yang sempat dirakamkan.

Sambutan Hari Antidadah diteruskan...

Pagi ini aktivti diteruskan dengan persembahan berbalas pantun antara murid. 2 orang murid berbalas pantun sesama sendiri. Murid-murid tersebut ialah Norhidayah Hasanah (3 Sarjana) dan Mohd Syafiq Yahya (4 Sarjana)berbalas pantun sesama sendiri.



Selain daripada itu, murid Pendidikan Khas dan Pra Sekolah juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan bakat masing-masing.


Murid Pendidikan Khas


Murid Pra Sekolah

Sambutan Minggu Anti Dadah.

Bermula hari ini, SKKB akan mengadakan Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Program akan berlangsung selama 5 hari bermula hari ini hingga hari Jumaat. Pelbagai pertandingan dan persembahan akan diadakan. Antara pertandingan yang akan berlangsung ialah Pertandingan Bola Sepak, Congkak, Batu Seremban, Pertandingan Membuat Sepanduk dan Pertandingan Mewarna. Manakala bagi persembahan pula ialah Deklamasi Sajak, Mari Berpantun dan Info Dadah. Persembahan yang telah berlangsung pagi ini ialah persembahan Boria dari murid-murid lelaki Tahun 5. Mari lihat sepintas lalu berkenaan Majlis Pelancaran Sambutan Antidadah dan persembahan Boria yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera saya.



Antara sedutan persembahan Sketsa Boria

Antara sedutan persembahan murid Boria



Gotong Royong Perdana.

Hari ini, semua pendidik dan ibu bapa di semua sekolah telah bersatu tenaga bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. SK Kampong Bahagia juga tidak ketinggalan. Walaupun kekurangan tenaga kerja namun berkat kesunguhan semua guru, kawasan sekolah dan bilik-bilik khas nampaknya telah berubah wajah.
Aksi-aksi yang sempat dirakamkan....

SELAMAT HARI GURU!!

Salam pertemuan. Sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Lama sungguh tidak berjumpa lantaran kesibukan menguruskan hal hal P&P dan tugasan lain. Sebelum terlewat, rasanya moleklah kiranya saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik samada di SKKB mahupun di seluruh negara.
Hari Guru yang disambut saban tahun pada 16 Mei seringkali menggamit rasa gembira dan nostalgia buat semua murid dan guru. Tak kiralah samada murid tersebut masih lagi bersekolah ataupun yang telah meninggalkan bangku persekolahan. Namun begitu, tidak ramai ibu bapa yang mengingati tarikh ini hinggalah anak-anak merengek meminta dibelikan hadiah untuk diberikan kepada guru-guru di sekolah.
Pada tahun ini, tema Hari Guru masih lagi sama iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa". Sambutan yang diadakan saban tahun ini bertujuan untuk menghargai usaha dan pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak negara ini. Berikut disenaraikan tema-tema Sambutan Hari Guru buat pengetahuan semua.
  1. 1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 - Guru Dan Pembangunan Negara
  5. 1976 - Pendidikan Moral dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  20. 1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  21. 1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  22. 1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  23. 1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  25. 1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  26. 1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
  27. 1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  28. 1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  29. 2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  30. 2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  31. 2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  32. 2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  34. 2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  36. 2007 - Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  37. 2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
  38. 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
  39. 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa

Sambutan Maulidur Rasul 1431

12 MAC 2010 bersamaan 26 RabiulAwaal 1431, SK Kampong Bahagia telah mengadakan satu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang bermula dengan perarakan murid-murid, pertandingan mewarna dan ceramah perdana. Tidak banyak yang dapat dicoretkan dalam ruangan kali ini melainkan kita mengimbas kembali tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengembangkan agama Islam ini.

Imbas Kembali...
12 Rabiulawal setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat bernilai bagi semua umat islam. Ia merupakan tarikh penting bagi umat islam kerana pada tarikh ini merupakan tarikh keputeraan Nabi Muhammad S.A.W atau lebih dikenali sebagai Maulid Nabi atau Maulidur Rasul. Maulid berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melahirkan. Namun begitu, dalam konteks kita hari ini, perkataan Maulid dirujuk kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Bagi tahun ini, Maulid Nabi jatuh pada hari Jumaat bersamaan 26 Februari 2010.

Sejarah ringkas Maulidur Rasul (Sumber : Utusan Malaysia 26 Februari 2010)

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secarfa besar-besaran. Walaubagaimanapun semua perayaan ini telah dihentikan pada 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah. Ia berhenti diraikan sehingga Al- Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Apabila kerajaan al-Ayubiyyah merampas kuasa, perayaan itu dihentikan sekali lagi. Pada Abad ke-7,Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali-Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.