RSS

Hari Baru....Punch Card baru...

Nampaknya hari ini bermulalah episod baru bagi semua kakitangan SK Kampong Bahagia Teluk Intan. Pengenalan sistem pemantauan kehadiran baru bagi kakitangan dalam bentuk 'Punch Card' (kad tebuk) telah menyebabkan beberapa orang kakitangan sekolah kelihatan berlari-lari anak menyelamatkan diri. Lucu melihatnya. Walaupun sistem ini telah lama diperkenalkan di seluruh negara iaitu seawal tahun 80-an, tetapi di SKKB sistem ini baru sahaja dikuatkuasakan. Sebelum ini, kehadiran kakitangan hanya menggunakan sistem manual (tulis sahaja) tetapi dengan adanya sistem 'Punch Card' ini dapat mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak pentadbir. Mari kita lihat sejarah awal mengenai 'punch card' ini. 'Punch Card atau istilah Bahasa Melayunya Kad Tebuk atau KAD PERAKAM WAKTU KERJA ialah kad yang mengandungi maklumat digital yang diwakili oleh kewujudan atau ketiadaan lubang pada kedudukan pratertakrif. Ia mula dilaksanakakan di negara ini sewaktu Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan konsep Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982. Dasar ini bermakna, pihak kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuainya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Pengenalan dan penggunaan Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card) merupakan salah satu strategi yang terdapat di dalam Dasar Pandang Ke Timur berkenaan selain daripada penggunaan tanda nama (Name Tag), penubuhan pasukan meningkatkan mutu kerja (QCC) dan Konsep Pejabat Terbuka. Dengan adanya sistem Kad Perakam Waktu Kerja ini diharap semoga semua kakitangan SKKB akan sentiasa menghargai waktu. Jangan pula ada yang berlari-lari lagi ke pejabat untuk menyelamatkan kad anda.Nanti ditertawakan oleh murid-murid pula.Heheheeee...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.