RSS

Acara Kemuncak dan Perpisahan

Hari ini, satu perhimpunan khas telahpun diadakan. Terdapat dua objektif perhimpunan khas kali ini diadakan iaitu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan dan untuk memberikan penghargaan kepada dua orang guru yang akan bertukar keluar dari SKKB ini. Untuk itu, lensa kamera saya turut sama mencari saat-saat menarik untuk dirakamkan buat tatapan kita semua.
Kita mulakan dengan penyampaian hadiah bagi para pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Naziruddin bin Hj. Hambali (Guru Besar SKKB).

(untuk melihat gambar pemenang-pemenang acara lain, sila berhubung dengan Cikgu Rizal di PSS sekolah) - tempahan gambar juga diterima.

Aksi ucapan terakhir daripada guru yang akan bertukar keluar. Cikgu Marinie bertukar ke negeri Pahang.

Pn. Norasmah dan Pn. Marinie.

Beberapa gambar 'candid' menyentuh hati yang sempat dirakamkan di Dataran Perhimpunan.

Nampaknya, Cikgu Marinie tidak dapat menahan sebak apabila diserbu oleh murid-murid yang ingin mengambil kesempatan memohon maaf daripada beliau.


Aksi guru-guru dan murid-murid lain juga sempat dirakamkan.

(untuk melihat gambar-gambar 'candid' yang lain, sila berhubung dengan Cikgu Rizal di PSS sekolah) - tempahan gambar juga diterima.

Peristiwa menarik juga berlaku di dalam Pusat Sumber Sekolah. Cuba lihat..


Akhir kata, diharapkan semoga Cikgu Marinie dan Cikgu Asmah gembira di sekolah baru dan tidak melupakan kami semua di sini. Selamat Bercuti.

Pertandingan Bermula!

Hari ini bermula jam 3.15 petang, banyak acara pertandingan telah berlangsung. Antaranya ialah Pertandingan Batu Seremban, Pertandingan Bola Sepak antara rumah sukan, Pertandingan Congkak dan Pertandingan Mereka Sepanduk. Suasana agak meriah terutamanya di padang sekolah. Lensa kamera mula mencari 'mangsa-mangsa'. Antara mereka yang menjadi mangsa lensa kamera kali ini ialah:

Lokasi : Padang (Bola Sepak)



Kecederaan di padang menyerlahkankan sikap prihatin dan bantu membantu ...


Lokasi: Kantin (Pertandingan Sepanduk)