RSS

Sambutan Minggu Anti Dadah.

Bermula hari ini, SKKB akan mengadakan Sambutan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Program akan berlangsung selama 5 hari bermula hari ini hingga hari Jumaat. Pelbagai pertandingan dan persembahan akan diadakan. Antara pertandingan yang akan berlangsung ialah Pertandingan Bola Sepak, Congkak, Batu Seremban, Pertandingan Membuat Sepanduk dan Pertandingan Mewarna. Manakala bagi persembahan pula ialah Deklamasi Sajak, Mari Berpantun dan Info Dadah. Persembahan yang telah berlangsung pagi ini ialah persembahan Boria dari murid-murid lelaki Tahun 5. Mari lihat sepintas lalu berkenaan Majlis Pelancaran Sambutan Antidadah dan persembahan Boria yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera saya.



Antara sedutan persembahan Sketsa Boria

Antara sedutan persembahan murid Boria



Gotong Royong Perdana.

Hari ini, semua pendidik dan ibu bapa di semua sekolah telah bersatu tenaga bergotong royong membersihkan kawasan sekolah. SK Kampong Bahagia juga tidak ketinggalan. Walaupun kekurangan tenaga kerja namun berkat kesunguhan semua guru, kawasan sekolah dan bilik-bilik khas nampaknya telah berubah wajah.
Aksi-aksi yang sempat dirakamkan....

SELAMAT HARI GURU!!

Salam pertemuan. Sudah agak lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini. Lama sungguh tidak berjumpa lantaran kesibukan menguruskan hal hal P&P dan tugasan lain. Sebelum terlewat, rasanya moleklah kiranya saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik samada di SKKB mahupun di seluruh negara.
Hari Guru yang disambut saban tahun pada 16 Mei seringkali menggamit rasa gembira dan nostalgia buat semua murid dan guru. Tak kiralah samada murid tersebut masih lagi bersekolah ataupun yang telah meninggalkan bangku persekolahan. Namun begitu, tidak ramai ibu bapa yang mengingati tarikh ini hinggalah anak-anak merengek meminta dibelikan hadiah untuk diberikan kepada guru-guru di sekolah.
Pada tahun ini, tema Hari Guru masih lagi sama iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa". Sambutan yang diadakan saban tahun ini bertujuan untuk menghargai usaha dan pengorbanan guru dalam mendidik anak-anak negara ini. Berikut disenaraikan tema-tema Sambutan Hari Guru buat pengetahuan semua.
  1. 1972 - Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 - Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 - Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 - Guru Dan Pembangunan Negara
  5. 1976 - Pendidikan Moral dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 - Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 - Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 - Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 - Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 - Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 - Ke Arah Kecekapan Guru dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 - Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 - Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 - Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 - Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 - Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 - Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1990 - Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  20. 1991 - Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  21. 1992 - Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  22. 1993 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  23. 1994 - Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1995 - Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  25. 1996 - Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  26. 1997 - Guru Bestari Sekolah Bestari
  27. 1998 - Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  28. 1999 - Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  29. 2000 - Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  30. 2001 - Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
  31. 2002 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  32. 2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2004 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  34. 2005 - Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2006 - Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  36. 2007 - Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  37. 2008 - Guru Cemerlang Negara Terbilang
  38. 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa
  39. 2010 - Guru Pembina Negara Bangsa