RSS

Sambutan Maulidur Rasul 1431

12 MAC 2010 bersamaan 26 RabiulAwaal 1431, SK Kampong Bahagia telah mengadakan satu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang bermula dengan perarakan murid-murid, pertandingan mewarna dan ceramah perdana. Tidak banyak yang dapat dicoretkan dalam ruangan kali ini melainkan kita mengimbas kembali tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengembangkan agama Islam ini.

Imbas Kembali...
12 Rabiulawal setiap tahun merupakan satu tarikh yang amat bernilai bagi semua umat islam. Ia merupakan tarikh penting bagi umat islam kerana pada tarikh ini merupakan tarikh keputeraan Nabi Muhammad S.A.W atau lebih dikenali sebagai Maulid Nabi atau Maulidur Rasul. Maulid berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melahirkan. Namun begitu, dalam konteks kita hari ini, perkataan Maulid dirujuk kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun. Bagi tahun ini, Maulid Nabi jatuh pada hari Jumaat bersamaan 26 Februari 2010.

Sejarah ringkas Maulidur Rasul (Sumber : Utusan Malaysia 26 Februari 2010)

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secarfa besar-besaran. Walaubagaimanapun semua perayaan ini telah dihentikan pada 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah. Ia berhenti diraikan sehingga Al- Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Apabila kerajaan al-Ayubiyyah merampas kuasa, perayaan itu dihentikan sekali lagi. Pada Abad ke-7,Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali-Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.