RSS

Kursus LADAP lagi.

Hari ini (31 Oktober) satu lagi kursus LADAP telah diadakan di SKKB. Pada hari ini juga nampaknya ramai yang tidak dapat menghadirkan diri. Kursus LADAP kali ini bertajuk PROGRAM NURSEJAHTERA & CERAMAH KESIHATAN dan bertempat di Dewan Sekolah SKKBTI. Kursus kali ini dianjurkan bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Teluk Intan, SK Kampong Bahagia, KRT Jalan Pasar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Antara objektif kursus bersama ini ialah
1. Memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan pada usia muda.
2. Gaya hidup sihat dapat menjana warga kerja cemerlang.
3. Memberi kefahaman tentang HIV dan Aids
4. Meningkatkan pengetahuan tentang kaedah perancangan keluarga.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat di muat naik.






Video Kursus Bestari Dihadiri Cikgu Rizal Hambali

Kursus Pembestarian Sekolah telah dihadiri oleh salah seorang guru sekolah ini pada 28 September 2009 hinggalah 23 Oktober 2009. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Rizal Bin Hambali. Kursus tersebut diadakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh. Berikut antara klip video yang sempat dihasilkan oleh beliau bersama-sama rakan sekursus. Silalah menonton..

Lawatan Pemantauan Pegawai PKG

Pada hari ini (Selasa 27 Oktober 2009) Pegawai PKG Chenderong Balai telah membuat pemantauan tahunan setelah 3 kali tarikh ditunda. Rasa-rasanya banyak item yang tidak lengkap. Boleh ke "chop" markah terendah, tapi tak dapatlah pulak? Apapun tunggu ajele laporannye nanti. Ada bintang ke ada bulan...

Album RIMUP SKKBTI

Aktiviti RIMUP telah berlangsung dengan jayanya pada 29 September yang lalu. Maaf kerana terlewat menerbitkan catatan mengenainya kerana saya baru sahaja menerima gambar-gambar berkaitan dengan program tersebut.

Pn. Ruziah Naik Pangkat


Tahniah juga kepada Pn. Ruziah kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum di Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan, Hutan Melintang. Beliau seorang yang berpengalaman luas dan sangat berkebolehan. Diharapkan pemergiannya ke sekolah baru dapat menjadikan sekolah tersebut lebih maju dalam bidang kokurikulum. Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan sangat terkenal di daerah Hilir Perak dengan gerak kerja kokurikulum dan sukan yang sangat mantap. Tahniah sekali lagi dari saya dan semua kakitangan sekolah dan semoga Pn. Ruziah tidak lupakan kami semua di SK Kampong Bahagia ini.Tahniah.

Pergi Ke Tanah Suci Mekah


(Pn. Fadhillah Ishak)

Tahniah diucapkan kepada 2 orang warga sekolah iaitu Pn. Fadhillah Ishak (Guru) dan Pn. Zainab Abdullah (Ketua Kerani) kerana telah berjaya menempatkan diri bersama-sama dengan jemaah haji lain pada tahun ini. Sebagai penulis blog ini saya tumpang gembira dan berharap agar kedua-dua insan terpilih ini selamat pergi dan selamat kembali semula ke tanah air. Pemergian mereka ke sana diharapkan mendapat haji yang mabrur. Insyaallah.

Fish

Apakah Pembestarian Sekolah?

Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberikan fokus kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan entadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai sebuah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utamanya adalah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, Kemahiran yang diperolehi dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (selfaccessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced)

Sumber : Kumpulan Bestari Kohot 3 IPG Ipoh

Al-Fatihah...

Pada 18hb Oktober yang lalu merupakan saat yang menyedihkan bagi penyelaras PSS sekolah kami iaitu Pn Nazrah Maani . Ibunda yang tercinta telah pergi mengadap Ilahi buat selama-lamanya. Semoga roh ibunya ditempatkan bersama-sama golongan insan yang beriman dan soleh. Dengan itu, sebagai penulis blog ini saya mengucapkan takziah kepada beliau. Diharap beliau tabah menghadapi dugaan yang ini.