RSS

LADAP lagi....

Hari ini, kurus LADAP sedang dijalankan. Walaupun tidak semua guru yang hadir, tetapi masih terasa kemeriahannya. Meriah kerana semua guru nak bercakap dan bersoal jawab dengan penceramah terutamanya penceramah pertama iaitu En. Mazrul Hisham. Ini adalah kerana tajuk slot pertama ialah mengenai protokol. Pelbagai protokol dalam majlis yang dibentangkan termasuklah protokol memasang dan kedudukan bendera.
Namun begitu masih ada lagi rasa terkilan di hati saya kerana kehadiran kali ini lebih ramai daripada kehadiran kursus LADAP tentang ICT yang lalu. Pemakaian mereka juga formal tidak seperti kursus LADAp ICT lalu. Mungkin ada di antara mereka yang mengambil mudah tentang pakaian pada hari tersebu. Mungkin. Ini cuma cetusan rasa saya sahaja. Bukan untuk semua guru tetapi untuk sebilangan guru yang sangat ketara tindak tanduk mereka.
Slot ke dua pula akan disampaikan oleh seorang ustaz terkenal di sini iaitu UStaz Mat Radzi.Apa pengisiannya saya pun tak tahu. Tunggu sajalah dalam catatan seterusnya.