RSS

Mesyuarat JawatanKerja PSS

Hari ini, kami telah mengadakan satu perjumpaan atau taklimat khas Jawatankuasa Kerja PSS. Nampaknya hari ini, guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan telah menunjukkan satu semangat kerjasama dan kerajinan yang tinggi. Seramai 18 orang guru yang telah hadir bersama-sama dengan pihak pentadbiran sekolah.
Kami duduk berbincang selama satu jam. Akhirnya semua telah bersetuju untuk melaksanakan tugasan masing-masing dengan kerelaan. Wah, tak lama lagi persekitaran sekolah dan pusat sumber kami akan berubah. Harap lebih menarik dan ceria. Tunggulah berita dan gambar-gambar yang akan di upload tak lama lagi. Sekian.

Selamat Hari Bapa!!

Hari Bapa yang disambut setiap tahun selalunya kurang mendapat perhatian berbanding sambutan Hari Ibu. Kadangkala jika kita bertanya kepada anak-anak tentang sambutan Hari Bapa rupanya tak ramai yang mengetahuinya. Apa yang anak-anak hari ini tahu ialah Hari Ibu dan Hari Guru. Kasihan juga kepada golongan bapa ni.

Kepada mereka yang tidak mengetahui tentang Hari Bapa ni, eloklah cuba melayari internet dan mula mencari maklumat tentangnya. Melalui blog ini sedikit maklumat ingin saya kongsikan bersama pembaca. Selama ini saya ingatkan tarikh sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu adalah sama untuk semua negara. Rupa-rupanya bagi negara kita Malaysia, sambutan Hari Bapa adalah pada hari Ahad ke tiga bulan Jun. Ini bermakna bagi tahun 2009 ini, ia jatuh pada tarikh 21 Jun 2009. Bagi golongan bapa, hari ini adalah hari yang penuh bermakna kerana ia adalah penghargaan kepada mereka. Mungkin anak-anak yang masih ingat jasa dan pengorbanan bapa akan menyatakan rasa sayang dan mungkin juga ada sedikit cenderahati buat bapa mereka. Buat mereka yang masih ada bapa janganlah lupa untuk meluangkan masa bersama mereka. Ingatlah semua jasa mereka kepada kita walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengan mereka.

Ingatlah, tanpa bapa, tak mungkin kita akan dapat melihat dunia ini. Untuk golongan bapa di seluruh dunia dan guru-guru yang sudah bergelar bapa, ruangan kali ini mengucapkan Selamat Hari Bapa dan Selamat Maju Jaya. Sekian.

Cuti..cuti...cuti

Kadangkala orang kata cikgu banyak cuti. Namun sebenarnya tak semua yang memahami tugas sebenar seorang guru. Guru-guru masih boleh dipanggil untuk bertugas di waktu cuti.
Hahaha...sebenarnya bukan itu perkara pokok yang ingin diutarakan sekarang. Kebetulan sahaja ketika saya menulis sekarang adalah musim cuti sekolah. Hal yang ingin dimaklumkan kepada semua ialah sepanjang cuti penggal ini, guru-guru Sk Kampong Bahagia, Teluk Intan rupanya masih ramai yang sanggup mencurahkan bakti kepada murid di sekolah. Bangga sungguh saya. Ada yang mengajar kelas tambahan dan kelas intensif untuk tahun 4, 5 dan 6. Ada juga yang datang untuk mengemas meja, menanda kertas jawapan murid dan tidak ketinggalan mengemas dan membaikpulih Pusat Sumber Sekolah.
Sememangnya kami boleh bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga namun kadangkala kami banyak mengorbankan masa lapang bersama keluarga untuk mencurah bakti kepada murid-murid dan sekolah. Wah...kalau yang bukan guru mesti tidak setuju, tetapi itulah hakikatnya di sini. Hahahaha...lupakan hal itu.
Untuk tahun ini, kami perlu berusaha lebih giat lagi berbanding tahun lepas( tahun lepas lebih dari tahun sebelumnya..dan tahun sebelumnya itu lebih dari tahun-tahun sebelumnya..) sebab masih banyak yang perlu diperbaiki. Untuk itu, kami guru-guru pusat sumber akan bersama-sama membaikpulih dan cuba menaiktaraf pusat sumber kami supaya kami mendapat menjalankan fungsi sewajarnya. Doakanlah kami berjaya tahun ini. Kepada guru-guru Pusat Sumber SKKB terutamanya Cikgu Nazrah Maani , Cikgu Rosnah Sirat dan Cikgu Mohd Rizal Hambali berusahalah bersungguh-sungguh dan sedaya upaya mungkin untuk mencapai target tahun ini. Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan anda bertiga yang sanggup melaksanakan tugas walaupun semasa cuti sekolah ini.