RSS

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Hari Guru peringkat sekolah bagi SK Kampong Bahagia ini adalah aktiviti yang paling menyeronokkan dan mengeletek hati kami bagi awal tahun 2009 ini. Bukan selalu guru-guru yang seramai 65 orang ini dapat bersama dalam satu majlis. Ini juga adalah hari yang bertuah bagi sesetengah guru untuk diraikan bersama. Contohnya seorang guru yang baru berkahwin dan menyambutnya bersama ibu mertua di sekolah sendiri.

Nyanyian lagu 'Kami Guru Malaysia' telah dialunkan oleh suara-suara lunak merdu daripada guru-guru SKKB. Sebelum tu, bacaan doa dan ikrar telah disertakan dalam atucara sambutan. Bacaan perutusan menteri pula dibacakan oleh Guru Cemerlang kami iaitu En. Abd Rahim. Memang sungguh panjang tapi dipendekkan sebab lenguh kaki berdiri agaknya.

Sambutan kali ini memang sungguh meriah lagi dengan diserikan dengan goyang Herman Tino dari guru besar kami sendiri. Fuh!! dahsyat sungguh guru SKKB ni siap ada dayang-dayang lagi tu. Persembahan guru-guru semuanya mantap-mantap belaka. Ada persembahan main masak2, persembahan tarian ala 60an, persembahan choral speaking arab pun ada dan persembahan yang paling best ialah Akademi Pentas Sia-Sia. Memang sia-sia betullah juri-juri yang datang pada hari tu. Sememangnya pada hari itu ramai guru yang telah menunjukkan bakat terpendam masing-masing. Bukan selalu kita dapat lihat guru-guru menunjukkan bakat mereka. Dalam pada itu, kami juga masih perlu menjaga tatasusila dan disiplin sebagai seorang guru yang menjadi contoh buat anak-anak murid.

Kalau nak tahu lagi tunggu keluaran tahun hadapan.

Bicara Buku

Bicara Buku akan dimulakan tidak lama lagi.